sebarkanlah salam:-)

Saturday 12 February 2011

yang paling dekat,jauh,besar,berat,ringan dan tajam


Apakah yang paling dekat dengan kita?
Apakah yang paling jauh dengan kita?
Apakah yang paling besar dengan kita?
Apakah yang paling berat dengan kita?
Apakah yang paling ringan dengan kita?
Apakah yang paling tajam dengan kita?

Yang paling dekat adalah mati..
Saat apabila Allah perintah malaikat maut untuk menarik nyawa kita...larilah walau sejauh mana pun,mati tetap akan dekat. Kita tidak akan dapat elak daripada mati walau sesaat pun. Jadi gunalah peluang yang ada ini untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumiJ

Yang paling jauh adalah masa lampau..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkarJ

Yang paling besar adalah nafsu kita...
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsuJ

Yang paling berat adalah amanah (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnyaJ

Yang paling ringan adalah solat..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Keran tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllahJ

Yang paling tajam adalah lidah..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2J

Yang manakah pilihan kita?



1)mawar merah – yang indah, cantik..namun begitu senang untuk di hinggapi kumbang-kumbang, dibelai sehingga lunyai,dipetik kemudian layu dan dibuang begitu sahaja

atau

 mawar merah berduri-yang indah cantik..namun menjaga diri agar tidak mudah dihinggapi kumbang-kumbang sebarangan. Begitu berharga..pandai menjaga diriJ

2)parasitism as way of life- hanya menambil daripada orang lain tanpa memberi apa-apa dan mementingkan diri sendiri.

Atau

Mutualism as way of life- memberi dan menerima sesama insan. Memang fitrah manusia saling memerlukan dan sememangnya nilai islam untuk kita memberi  kepada yang memerlukan. Hanya Allah yang mampu untuk membalas segala amalan kita..mugkin tidak sekarang..tapi yakinlah balasan Allah itu Maha Adil

3)hidup kerana dunia- tidak langsung memikirkan akhirat. Bersuka ria tanpa batasan. Mencari kemewahan dunia tanpa henti. Tidak langsung memikirkan bekalan untuk memberatkn neraca timbangan pahala.

Atau

Hidup didunia kerana akhirat- menggunakan segala nikmat yang Allah berikan untuk menambahkan redha Allah dan pahala. Dunia sebagai tempat persinggahan mengumpul seberapa banyak bekalan demi rumah yang abadi (syurga)

Apakah pilihan wahai kawan2 sekalian. Peluang hidup di dunia hanya sekali. Kita semua tidak tahu bilakah malaikat maut akan menarik nyawa kita. Fikir2kanlahJ

Sunday 30 January 2011

kan bagus jika begini


Scene 1- menunggu bas..

A:lambatnya bas..mana bas ni..minta2 lah bas dating cepat

Kan bagus jika begini...
 B: ya Allah,sabarkanlah diri ini..ya Allah,semoga bas datang cepat...hanya Kau Yang Maha penyayang

Scene 2- ulangkaji
A: susahnya subjek ni..baca banyak kali pun tak faham.

Kan bagus jika begini..
B: ya Allah yang Maha Mengetahui..permudahkanlah aku untuk belajar, semoga Kau redha  dengan ilmu yang ku pelajari ini,semuanya hanya keranaMu..

Scene 3- peperiksaan

A: harap2 mood cikgu baik, nanti senang bagi lepas..harap2 dapat soalan senang.

Kan bagus jika begini..
B: ya Allah,Kau lembutkanlah hati cikgu agar mudah untuk aku..ya Allah,ku berdoa  agar permudahkanlah segala urusan ku..hanya Kau Yang Maha Berkuasa

Scene 4-lepas makan

A:burpppp!!!!...kenyangnya..best kalau dapat tidur..

Kan bagus jika begini
B:alhamdulilah..syukur atas rezeki yang Kau kurniakan..ya Allah,semoga segala rezeki yang ku perolehi adalah yang halal dan diredhaiMu.

Scene 5- marah

A: wah..suka hati dia je..ingat dia siapa???

Kan bagus jika begini..
B:astagfirullahalazim..Ya Allah,sabarkan hati ini..jauhkan diri dari hasutan syaitan.  Buanglah rasa marah ini.

Berusaha mengamalkan nilai2 hidup dalam islam juga ibadah.
Semoga, Allah sentiasa membantu kita dalam kehidupan seharian..insyaAllah..

Saturday 15 January 2011

tidak hanya sekadar bernafas




”Dulu hidup lebih mudah, tapi tidak menenangkan. Kini, hidup lebih mencabar, tapi kasih tuhan sentiasa dapat dirasa.”













sila tpop up makanan iman anda disini: halwa hati

untuk kamu^-^

dugaan bukan musibah semata...ada nikmat terselit:-)

Dugaan..
Setiap  insan pasti akan diuji dengan sesuatu yang dinamakan UJIAN,DUGAAN,COBAAN..dan yang sewaktu dengannya. Tidak kira dari segi kewangan, fizikal, hubungan dan lain2. Secara generalnya, ia adalah dugaan yg Allah beri.

Yang tidak pernah merasainya..
pasti tidak tahu bagaimana untuk menghadapi dugaan itu. Senang untuk dinasihati agar tetap sabar, tidak melatah dan berserah pada Allah.

Mustahil...
Bagi mereka yang tidak mempunyai iman yang kuat untuk menghadapinya dengan sabar, tidak putus asa, tidak berasa marah sehingga untuk tidak membalas dendam jika ia melibatkan insan lain. Mustahil hanya dengan kata2 itu.

Keimanan..
Pada Allah S.W.T amat penting. Kerana iman itu adalah percaya. Percaya pada Allah. Kepercayaan yang penuh pada Allah. Bukan 30-70, bukan 50-50..tapi 100%. Kerana dari kepercayaan itu, kita yakin dengan apa yang Allah janjikan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”2:286

Kita percaya yang Allah beri dugaan ini sesuai dengan tahap kita. Kita pasti akan dapat mengatasinya. Walau seberat mana pun yang kita rasa,sepayah mana,seteruk mana..tetapi pasti kita akan dapat atasi. PASTIJ

Keredhaan..
Dengan apa yang Allah beri amat penting. Tidak patut untuk kita bersedih kerana Allah telah meninggikan darjat kitaJ

“janganlah kamu bersikap lemah &janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” 3:139

Bersemangatlah..
Wahai org2 yang diberi dugaan..Allah telah meninggikn darjat kamu.(seperti ayat Al-Quran diatas)

Cara..
Untuk kita atasi yang Allah lihat. Jalan mana yang kita pilih untuk kita lalui ujian itu.
Adakah dengan putus asa?
Adakah dengan menangis, meraung?
Adakah dengan membalas dendam?
Adakah dengan memaki hamun?
Adakah dengan marah?
Balas dendam, memaki hamun, marah adalah jalan syaitan. Pasti kita akan menyesal jika ambil jalan syaitan. Pasti, kerana hati tidak akan tenang walau ia puas. PASTI TIDAK AKAN TENANG.

dan mohonlah pertolongan (kepad“a Allah) dengan sabar dan salat...”2:45

Mintalah..
Pertolongan Allah...
Agar dipermudahkan..
Agar diperkuatkn hati..dicekalkn hati..
Agar dikurniakn ketabahan..
Agar diakhiri semua ini..
Agar..DIKUATKAN KEIMANAN..
Mintalah dengan sabar salat. Salat yang sempurna setiap rukunnnya.

Tidak sia-sia..
Semua dugaan ini. Tidak sia-sia. insyaAllah akan diberi nikmat yang berkekalan..yang abadi..SYURGAJ

“sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”9:11

Berharap..
Hanya pada Allah. Allah Maha Berkuasa. Maha Kaya. Maha AgungJ

...cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal..”9:129


Jika dilihat balik..
Dugaan itu akan menguatkn keimanan kita.
Ujian itu menambahkan ‘immune’ kita pada ujian.
Cobaan itu membuatkan kita tambah redha pada Allah.
Dugaan itu, salah satu cara ke syurga ..
Jika betul cara kita menghadapinya..

DUGAAN ITU MUSIBAH
DUGAAN ITU JUGA NIKMATJ

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…

Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.



Dan langkahku kini terbuka,

pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.



Allah…

Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.



Daku mohon agung kudratMu,

wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.


Thursday 30 December 2010

adakah kamu orang itu?

sungguh beruntung orang yang beriman:-)
pasti setiap manusia mahu menjadi orang yang beruntung..kan..kan..kan:-)
tapi..apakah yang menjadikan kita itu beruntung ye?

"sungguh beruntung orang yang beriman" 23:1

oo..orang yang beriman adalah orang yang beruntung:-)
tapi..macam mana nak jadi orang yang beriman ye?

"(yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya"23:2
"dan orang yang menjauhkn diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna"23:3
"dan orang yang menunaikn zakat"23:4
"dan orang yang memelihara kemaluaanya, kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. tetapi barang siapa mencari dibalik itu (zina, dan sebagainya,) maka mereka itulah orang2 yang melampaui batas"23:5-7
"dan sungguh beruntung orang2 yang menjaga amanat2 dan janjinya"23:8
"serta orang yang memelihara salatnya"53:9

mengapa mereka dikatakn orang2 yang beruntung?
sebab....

"mereka itulah yang akan mewarisi, (yakni)yang akan mewarisi (syurga) firdaus. mereka kekal didalamnya"23:10&11

lihatlah...betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita. Allah siap bg kita jalan macam mana nak masuk syurga.  seperti peperiksaan yang boleh tengok skema jawapan:-)

tepuk dada, tanya iman<3