Setiap insan pasti akan diuji dengan sesuatu yang dinamakan UJIAN,DUGAAN,COBAAN..dan yang sewaktu dengannya. Tidak kira dari segi kewangan, fizikal, hubungan dan lain2. Secara generalnya, ia adalah dugaan yg Allah beri.
Yang tidak pernah merasainya..
pasti tidak tahu bagaimana untuk menghadapi dugaan itu. Senang untuk dinasihati agar tetap sabar, tidak melatah dan berserah pada Allah.
Mustahil...
Bagi mereka yang tidak mempunyai iman yang kuat untuk menghadapinya dengan sabar, tidak putus asa, tidak berasa marah sehingga untuk tidak membalas dendam jika ia melibatkan insan lain. Mustahil hanya dengan kata2 itu.
Keimanan..
Pada Allah S.W.T amat penting. Kerana iman itu adalah percaya. Percaya pada Allah. Kepercayaan yang penuh pada Allah. Bukan 30-70, bukan 50-50..tapi 100%. Kerana dari kepercayaan itu, kita yakin dengan apa yang Allah janjikan.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...”2:286
Kita percaya yang Allah beri dugaan ini sesuai dengan tahap kita. Kita pasti akan dapat mengatasinya. Walau seberat mana pun yang kita rasa,sepayah mana,seteruk mana..tetapi pasti kita akan dapat atasi. PASTIJ
Keredhaan..
Dengan apa yang Allah beri amat penting. Tidak patut untuk kita bersedih kerana Allah telah meninggikan darjat kitaJ
“janganlah kamu bersikap lemah &janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman” 3:139
Bersemangatlah..
Wahai org2 yang diberi dugaan..Allah telah meninggikn darjat kamu.(seperti ayat Al-Quran diatas)
Cara..
Untuk kita atasi yang Allah lihat. Jalan mana yang kita pilih untuk kita lalui ujian itu.
Adakah dengan putus asa?
Adakah dengan menangis, meraung?
Adakah dengan membalas dendam?
Adakah dengan memaki hamun?
Adakah dengan marah?
Balas dendam, memaki hamun, marah adalah jalan syaitan. Pasti kita akan menyesal jika ambil jalan syaitan. Pasti, kerana hati tidak akan tenang walau ia puas. PASTI TIDAK AKAN TENANG.
dan mohonlah pertolongan (kepad“a Allah) dengan sabar dan salat...”2:45
Mintalah..
Pertolongan Allah...
Agar dipermudahkan..
Agar diperkuatkn hati..dicekalkn hati..
Agar dikurniakn ketabahan..
Agar diakhiri semua ini..
Agar..DIKUATKAN KEIMANAN..
Mintalah dengan sabar salat. Salat yang sempurna setiap rukunnnya.
Tidak sia-sia..
Semua dugaan ini. Tidak sia-sia. insyaAllah akan diberi nikmat yang berkekalan..yang abadi..SYURGAJ
“sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..”9:11
Berharap..
Hanya pada Allah. Allah Maha Berkuasa. Maha Kaya. Maha AgungJ
“...cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal..”9:129
Jika dilihat balik..
Dugaan itu akan menguatkn keimanan kita.
Ujian itu menambahkan ‘immune’ kita pada ujian.
Cobaan itu membuatkan kita tambah redha pada Allah.
Dugaan itu, salah satu cara ke syurga ..
Jika betul cara kita menghadapinya..
DUGAAN ITU MUSIBAH
DUGAAN ITU JUGA NIKMATJ
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
No comments:
Post a Comment