1)mawar merah – yang indah, cantik..namun begitu senang untuk di hinggapi kumbang-kumbang, dibelai sehingga lunyai,dipetik kemudian layu dan dibuang begitu sahaja
atau
mawar merah berduri-yang indah cantik..namun menjaga diri agar tidak mudah dihinggapi kumbang-kumbang sebarangan. Begitu berharga..pandai menjaga diriJ
2)parasitism as way of life- hanya menambil daripada orang lain tanpa memberi apa-apa dan mementingkan diri sendiri.
Atau
Mutualism as way of life- memberi dan menerima sesama insan. Memang fitrah manusia saling memerlukan dan sememangnya nilai islam untuk kita memberi kepada yang memerlukan. Hanya Allah yang mampu untuk membalas segala amalan kita..mugkin tidak sekarang..tapi yakinlah balasan Allah itu Maha Adil
3)hidup kerana dunia- tidak langsung memikirkan akhirat. Bersuka ria tanpa batasan. Mencari kemewahan dunia tanpa henti. Tidak langsung memikirkan bekalan untuk memberatkn neraca timbangan pahala.
Atau
Hidup didunia kerana akhirat- menggunakan segala nikmat yang Allah berikan untuk menambahkan redha Allah dan pahala. Dunia sebagai tempat persinggahan mengumpul seberapa banyak bekalan demi rumah yang abadi (syurga)
Apakah pilihan wahai kawan2 sekalian. Peluang hidup di dunia hanya sekali. Kita semua tidak tahu bilakah malaikat maut akan menarik nyawa kita. Fikir2kanlahJ
No comments:
Post a Comment