sebarkanlah salam:-)

Saturday, 12 February 2011

yang paling dekat,jauh,besar,berat,ringan dan tajam


Apakah yang paling dekat dengan kita?
Apakah yang paling jauh dengan kita?
Apakah yang paling besar dengan kita?
Apakah yang paling berat dengan kita?
Apakah yang paling ringan dengan kita?
Apakah yang paling tajam dengan kita?

Yang paling dekat adalah mati..
Saat apabila Allah perintah malaikat maut untuk menarik nyawa kita...larilah walau sejauh mana pun,mati tetap akan dekat. Kita tidak akan dapat elak daripada mati walau sesaat pun. Jadi gunalah peluang yang ada ini untuk beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah di muka bumiJ

Yang paling jauh adalah masa lampau..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkarJ

Yang paling besar adalah nafsu kita...
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsuJ

Yang paling berat adalah amanah (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnyaJ

Yang paling ringan adalah solat..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Keran tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllahJ

Yang paling tajam adalah lidah..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2J

No comments:

Post a Comment