Dengan lafaz Bismillah, saya menulis.
Assalamualaikum wrt.
Hati ini sering berbolak-balik untuk berubah.
Kadangkala perubahan itu sekejap je, sebab risau apa yang orang pandang.
"Niat hatiku kerana Allah"
Memang sukar benar untuk istiqamah. Ada sahaja bisikan syaitan.
Nafsu. Dan halangan utama - pandangan masyarakat, termasuklah keluarga.
Kalau nak dikisahkan, ada seorang gadis yang ingin berubah.
Maka ditelefon ibunya untuk menyampaikan hasrat hati untuk sama-sama menempuh jalan-Nya.
Tapi, gadis itu hampa apabila ibunya mengambil endah sahaja.. terdetik di hati - barangkali Allah ingin mengujinya.
Ibu gadis itu seolah-ola memperlekehkan sahaja kata-kata anaknya, katanya "ustazah2 yg bagi dakwah kat TV tu takde plak pakai tudung labuh2 ke ape ke"
"Dah la pasal dakwah2 ni, mama malas la nak dengar"
Tersentap hati gadis itu mendengarnya. Hanya satu ayat yang mampu dituturkan.
"____sayang Mama... nak sama-sama masuk syurga..."
Ibu gadis itu bukanlah seorang yang jahil ilmu agama. Seorang isteri solehah, sering ke masjid, solat hajat, qiam dan sangat menjaga ibadahnya..
Tapi mungkin belum terbuka hatinya untuk menerima ilmu tentang akidah pula.
Siapalah kita untuk menilai.. Tapi kita sentiasa boleh cuba mentarbiah sesama sendiri... cuba, dan terus cuba.
Halangan itu adalah ujian dari Allah. Biarlah jelik di mata manusia, jangan jelik di mata-Nya..
Gadis itu yang merasa hampa, cuba untuk menguatkan hati yang tidaklah semantap mana..
Dan dibukanya Al-Quran - surah Ali Imran. ayat 16 dan 17..
Terasa seolah-olah terpujuk.. walaupun Allah sahaja yang layak menilai tahap iman seseorang.
Berserahlah diri sepenuhnya kepada Allah. Memang perlu untuk kita berusaha, tp redha-Nya adalah pulangan terbaik.
Kadangkala usaha yang terlalu tekun membutakan mata hati untuk berserah kepada-Nya.
Perjalanan kita belum selesai, dan perjalanan saya baru sahaja bermula..
Semoga Allah permudahkan, dan redhakan hati ini dalam apa sahaja keadaannya..
Insha Allah.
Maaf andai ada terkurang atau terlebih di mana-mana.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk juga dari Allahh; tapi atas khilaf saya sendiri.
Tetapkanlah hati ini Ya Allah... Sesungguh-Nya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment