sebarkanlah salam:-)

Thursday, 16 December 2010

Doa Rabitah.

Lirik Doa Rabitah - Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…



Nasyid ini dikongsi oleh seorang ukhti, yang tidak pernah saya kenal secara bersemuka, hanya melalui e-mail dan kunjungan ke blognya.


Tapi saya dapat rasa betapa manisnya ukhwah..
Betapa cantiknya Islam..
Dan betapa indahnya Islam itu apabila dipraktikkan.
Subhanallah!


Memang kata-kata manusia mudah sekali disalah tafsir.
Malah jujur saya katakan, semakin kerap saya menulis, sebenarnya waktu-waktu begini saya merasakan sangat jauh dari Allah SWT..


Perjalanan hidup seorang dai'e tidak pernah dijanjikan mudah;
malah pelbagai ujian menanti.
Sebab itu lah wujudnya kata-kata seperti - "hanya satu garisan yang wujud antara orang yang beriman, dan orang yang munafik; atau fasik"


Dan satu garisan itu boleh mewakili pelbagai perkara: perbuatan, percakapan, pemikiran etc.


Insha Allah, diri ini sentiasa cuba mencari redha-Nya, meskipun baru cuba merangkak; jauh sekali bertatih.


Hari ini tanggal 10 Muharram. Alhamdulillah, mampu menunaikan ibadah sunat puasa sempena Assyura, meskipun kurang arif mengapa ianya disambut.


Hati ini rindu. Rindu sangat-sangat dengan sentuhan Allah. Terasa seolah-olah minggu ini sunyi, sepi tanpa tangis rindu kepada-Nya.


Dalam sehari sahaja, pelbagai ujian melanda diri. Tapi sebenarnya hati ini bersyukur, kerana Allah SWT masih lagi sudi mengujiku.


Maafkan aku kerana bersedih, Ya Allah.
Maafkan aku.


Sungguh, aku memang tidak layak ke syurga-Mu.
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..


Futur yang datang dan pergi bagaikan angin yang menyapa sayup, tetapi kencang digetarnya iman ini. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tsabatkanlah hati ini di jalan agama-Mu.


Barulah aku sedar betapa peritnya perjuangan seorang dai'e.
Maafkan aku, Ya Allah kerana pernah memandang remeh tanggungjawab yang mereka pikul.


Maafkan aku, Ya Allah, atas segala pandangan burukku dahulu terhadap segala yang mereka kerjakan untuk mencari keredhaan-Mu.


Dan maafkan aku, Ya Allah, atas kejahilanku kerana aku telah mendustakan hakikat-hakikat yang Kau turunkan.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau masih sudi meletakkan aku yang hina ini untuk sama-sama berjuang di jalan-Mu.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau sudi memilihku untuk berbakti kepada agama-Mu.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau masih sudi memberikan rahmat kepada diriku yang tidak pernah benar-benar bersyukur terhadap apa yang Kau berikan.


Tsabatkanlah hatiku, dan hati-hati hamba-Mu yang Kau himpunkan untuk berjuang di jalan-Mu.


Amin.


(47:7)


P/S: Jazakillah ya ukhti, atas dorongan dan sarananmu untuk mencari redha Allah semata-mata.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasamu. Insha Allah. Moga kita tsabat! 


*Ingatkanlah aku andai aku terlupa tentang hakikat Islam.
*Ingatkanlah aku andai aku bertindak melampaui batas yang ditetapkan-Nya.
*Ingatkanlah aku andai aku tidak bersyukur atas nikmat-Nya.
*Ingatkanlah aku andai aku tidak bersabar dengan ujian-Nya.


Insha Allah.



2 comments:

  1. ..kalu betul2,hayati lirik n lagu rabitah hati ni...mmg sgt menyentuh hati dan perasaan..n kdg2 tanpa disangka air mata boleh mengalir..=P

    (seladar berkongsi perasaan)

    ~ ayuh,sama2 tsabat dijalanNya...=]

    ReplyDelete
  2. Jazakillah Kak Sai =)

    Insha Allah! Moga kita tsabat!

    ReplyDelete