sebarkanlah salam:-)

Thursday, 30 December 2010

adakah kamu orang itu?

sungguh beruntung orang yang beriman:-)
pasti setiap manusia mahu menjadi orang yang beruntung..kan..kan..kan:-)
tapi..apakah yang menjadikan kita itu beruntung ye?

"sungguh beruntung orang yang beriman" 23:1

oo..orang yang beriman adalah orang yang beruntung:-)
tapi..macam mana nak jadi orang yang beriman ye?

"(yaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya"23:2
"dan orang yang menjauhkn diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna"23:3
"dan orang yang menunaikn zakat"23:4
"dan orang yang memelihara kemaluaanya, kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. tetapi barang siapa mencari dibalik itu (zina, dan sebagainya,) maka mereka itulah orang2 yang melampaui batas"23:5-7
"dan sungguh beruntung orang2 yang menjaga amanat2 dan janjinya"23:8
"serta orang yang memelihara salatnya"53:9

mengapa mereka dikatakn orang2 yang beruntung?
sebab....

"mereka itulah yang akan mewarisi, (yakni)yang akan mewarisi (syurga) firdaus. mereka kekal didalamnya"23:10&11

lihatlah...betapa kasih dan sayangnya Allah pada kita. Allah siap bg kita jalan macam mana nak masuk syurga.  seperti peperiksaan yang boleh tengok skema jawapan:-)

tepuk dada, tanya iman<3   





Monday, 27 December 2010

Hati Yang Menangis.

Bismillah.

Dengan hati yang menangis, saya menulis.

Menangis bukan kerana tidak redha dengan ketentuan,
Tetapi kerana sedih dengan ketidak mampuan diri untuk memberitahu tentang kebenaran Islam.

Pelbagai dugaan yang datang, tidak dinafikan kadang-kala hampir terikut juga reflex zaman jahiliyah;
Namun cepat2 beristighfar, aku mohon perlindungan Allah SWT dari syaitan yang dilaknat.

Perit sungguh rasanya bila tak mampu menyuarakan hal yang sebenar.
Apabila tidak mampu menyampaikan kebenaran
Sedih, sedih sungguh apabila ada saudara seislam yang memperlekehkan Islam itu sendiri...

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada mereka
Peganglah hati-hati kami yang telah Engkau sentuh dengan rahmat-Mu
Kuatkanlah kami di jalan-Mu

Rasa seperti hendak menangis..
Kuatkanlah aku, Ya Allah..

Pilu.. pilu sungguh Ya Allah...
Apabila saudara seagama mendustakan apa yang Engkau turunkan..
Apabila mereka tidak yakin akan ketentuan-Mu..
Aku bimbang andai aku turut terpengaruh, dan balik ke jalan dahulu..

Tidak! Aku sedikit pun tidak mahu kembali ke zaman itu..
Peliharalah diriku Ya Allah
Peliharalah imanku..

Andainya mati itu lebih baik bagiku
Andainya aku akan derhaka kepadamu
Maka ambillah nyawaku Ya Rabb...
Aku tak sanggup hidup di jalan yang Kau murkai..
Tidak sanggup aku ke neraka-Mu...

Sedih apabila kata-kataMu dalam Al-Quran diperlekehkan
Dan diputarbelitkan oleh lidah-lidah manusia yang tidak bersyukur
Islam dikatakan kuno, Islam dikatakan mengongkong

Ya Allah, ampunilah mereka..
Berikanlah rahmatMu kepada mereka Ya Allah...
Di saat aku menulis, air mata yang bergenang kuseka dengan jari
Tapi di dalam hatiku sudah lenjun,
Basah dengan kesedihan..

Kuatkanlah hatiku..
Untuk terus berbakti kepadaMu
Dan melangsaikan semua tanggungjawabku di dunia ini
Sehingga ke akhir nafas

Faghfirli Ya Rahman..


Semoga Allah SWT membuka ruang hatinya untuk menerima hidayah..
Dan terus memegang hati-hati kami,
Yang sering diburu oleh hamba-hambaMu yang berhasad dengki
Hamba-hambaMu yang terasa indah bagi mereka dunia ini
Dan syaitan yang tak pernah berputus asa untuk menyesatkan


Amin.

on your mark..get set..GO!

Lumrah manusia memang suka berlumba-lumba..
sama ada dalam mencari harta benda, ilmu, dan lain-lain..

lumrah dalam berlumba-lumba..
kita mahu menjatuhkan pesaing kita..
supaya, mudah untuk kita menang..

bermacam-macam..
cara..
taktik..
strategi..dirancang..
sama ada ia adil atau tidak..
kejam atau tidak..
dengan tujuan..menjatuhkn pesaing..
dan..menang..


ia kelihatan kejam dan menindas..
ia kelihatan pesaingan yang tidak sihat..
ia kelihatan..sedih..

dalam islam...berlumba-lumba juga ada..
akan tetapi ia indah..murni..suci..
tidak perlu untuk menjatuhkan orang lain..
tidak perlu bersikap kejam..
tidak perlu itu semua..

perlumbaan apakah itu?

"berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. itulah karunia Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. dan Allah mempunyai karunia yang besar" 57:21

ya..
berlumba-lumba untuk mendapatkan KEAMPUNAN ALLAH

cara..tektik..strategi yang teratur dan suci..
beribadat kepada Allah..
dengan berdoa..
amal maaruf nahi mungkar..

ikhlaskan semua..
kerana Allah..
kerana redhaNya..

tepuk dada..tanya iman

Sunday, 19 December 2010

mai fahami ayat2 Allah!



“tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh Allah maha mengetahui, maha bijaksana” 77:30

“dan kamu tidak dapat mengkehendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah Tuhan seluruh alam” 81:29

Antara sedar atau tidak..
Sgala prkara yang kita mampu buat..bukan sebab atas kemampuan kita..
Tapi..sebab Allah yg izinkn dan atas kehendak Allah..
Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu:-)

Konklusinya..
Sentiasalah berdoa supaya Allah permudahkn segala urusan kitaJ

Saturday, 18 December 2010

Assalamualaikum wrt..
diri ini insan yg hina..berusaha dgn apa yg ada..moga2, dapat share dengan kawan2..dgn niat mcari redhaNya..:-)


1)setiap sesuatu perkara, masalah yang menimpa seseorang..pasti ada jalan penyelesaian..
kalau tidak..Allah tak akan bagi ujian tu kat kita..sebab Allah dah cakap kat Al-Quran..
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."2:286

2)perniagann yang paaaaaling untung adalah berjual beli dengan Allah..
nak tahu knp?
sbb...
  a)modal...Allah bg free2  je kat kita..
   -anggota badan
   -akal fikiran
   -rezeki makanan,udara..dan byk lagi..x mampu nk hitung nikmat Allah bagi..
  b)confirm2..kita akan dapat keuntungan (if,klu kita betul2 ikhlas,jujur dan semata2 kerana Allah)
"wahai org2 mukmin, mahukh kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dapat menyelamatkan kamu dr azab yg pedih? yaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul, dan berjihad di jln Allah dgn harta dan jiwamu. itulah lebih baik jika kamu mengetahui" 61:10-11


"sesungguhnya Allah membeli dari dr org2 mukmin baik diri, maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.."9:111


Allah tidak akan memungkiri janjiNya...
-nikmat untuk org yg beramal soleh
-azab untuk mereka yg ingkar..


3)tenang itu tidak datang bila kita mendengar lagu, ingat org yg tersayang dll..itu bukan ketenangan yg sejati...
ketenangan yg sejati itu adalah pabila kita mengingati Allah:-)
"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram" 13:28


4)dr kecil..kita tahu..puasa tu wajib..
stiap apa yg kita lakukan..mestilah bdsarkn Al-Quran dan sunnah..
tapi..kita tahu x..dalil tentang puasa?
mcm mana kalau musuh islam tnya..kita nk jawab apa...
ini jawapan nyer..


"wahai org2 yg beriman! diwajibkn atas kamu berpuasa sbgaimana dwajibkn atas org sbelum kamu agar kamu bertakwa" 2:183


setakat ini yang mampu saya kongsi kt kawan2..walau x sberapa..tp, moga2 kita sentiasa mndpt peringatan..
mohon d'tegur andai ada yg salah..
mari berukhwah krnNya:-D

Thursday, 16 December 2010

Doa Rabitah.

Lirik Doa Rabitah - Izzatul Islam

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami…

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…
Ya Rabbi bimbinglah kami…



Nasyid ini dikongsi oleh seorang ukhti, yang tidak pernah saya kenal secara bersemuka, hanya melalui e-mail dan kunjungan ke blognya.


Tapi saya dapat rasa betapa manisnya ukhwah..
Betapa cantiknya Islam..
Dan betapa indahnya Islam itu apabila dipraktikkan.
Subhanallah!


Memang kata-kata manusia mudah sekali disalah tafsir.
Malah jujur saya katakan, semakin kerap saya menulis, sebenarnya waktu-waktu begini saya merasakan sangat jauh dari Allah SWT..


Perjalanan hidup seorang dai'e tidak pernah dijanjikan mudah;
malah pelbagai ujian menanti.
Sebab itu lah wujudnya kata-kata seperti - "hanya satu garisan yang wujud antara orang yang beriman, dan orang yang munafik; atau fasik"


Dan satu garisan itu boleh mewakili pelbagai perkara: perbuatan, percakapan, pemikiran etc.


Insha Allah, diri ini sentiasa cuba mencari redha-Nya, meskipun baru cuba merangkak; jauh sekali bertatih.


Hari ini tanggal 10 Muharram. Alhamdulillah, mampu menunaikan ibadah sunat puasa sempena Assyura, meskipun kurang arif mengapa ianya disambut.


Hati ini rindu. Rindu sangat-sangat dengan sentuhan Allah. Terasa seolah-olah minggu ini sunyi, sepi tanpa tangis rindu kepada-Nya.


Dalam sehari sahaja, pelbagai ujian melanda diri. Tapi sebenarnya hati ini bersyukur, kerana Allah SWT masih lagi sudi mengujiku.


Maafkan aku kerana bersedih, Ya Allah.
Maafkan aku.


Sungguh, aku memang tidak layak ke syurga-Mu.
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..


Futur yang datang dan pergi bagaikan angin yang menyapa sayup, tetapi kencang digetarnya iman ini. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tsabatkanlah hati ini di jalan agama-Mu.


Barulah aku sedar betapa peritnya perjuangan seorang dai'e.
Maafkan aku, Ya Allah kerana pernah memandang remeh tanggungjawab yang mereka pikul.


Maafkan aku, Ya Allah, atas segala pandangan burukku dahulu terhadap segala yang mereka kerjakan untuk mencari keredhaan-Mu.


Dan maafkan aku, Ya Allah, atas kejahilanku kerana aku telah mendustakan hakikat-hakikat yang Kau turunkan.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau masih sudi meletakkan aku yang hina ini untuk sama-sama berjuang di jalan-Mu.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau sudi memilihku untuk berbakti kepada agama-Mu.


Alhamdulillah Ya Allah, kerana Kau masih sudi memberikan rahmat kepada diriku yang tidak pernah benar-benar bersyukur terhadap apa yang Kau berikan.


Tsabatkanlah hatiku, dan hati-hati hamba-Mu yang Kau himpunkan untuk berjuang di jalan-Mu.


Amin.


(47:7)


P/S: Jazakillah ya ukhti, atas dorongan dan sarananmu untuk mencari redha Allah semata-mata.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasamu. Insha Allah. Moga kita tsabat! 


*Ingatkanlah aku andai aku terlupa tentang hakikat Islam.
*Ingatkanlah aku andai aku bertindak melampaui batas yang ditetapkan-Nya.
*Ingatkanlah aku andai aku tidak bersyukur atas nikmat-Nya.
*Ingatkanlah aku andai aku tidak bersabar dengan ujian-Nya.


Insha Allah.



Friday, 3 December 2010

Menempuh Perjalanan.

Dengan lafaz Bismillah, saya menulis.

Assalamualaikum wrt.
Hati ini sering berbolak-balik untuk berubah.
Kadangkala perubahan itu sekejap je, sebab risau apa yang orang pandang.
"Niat hatiku kerana Allah"

Memang sukar benar untuk istiqamah. Ada sahaja bisikan syaitan.
Nafsu. Dan halangan utama - pandangan masyarakat, termasuklah keluarga.
Kalau nak dikisahkan, ada seorang gadis yang ingin berubah.
Maka ditelefon ibunya untuk menyampaikan hasrat hati untuk sama-sama menempuh jalan-Nya.
Tapi, gadis itu hampa apabila ibunya mengambil endah sahaja.. terdetik di hati - barangkali Allah ingin mengujinya.
Ibu gadis itu seolah-ola memperlekehkan sahaja kata-kata anaknya, katanya "ustazah2 yg bagi dakwah kat TV tu takde plak pakai tudung labuh2 ke ape ke"
"Dah la pasal dakwah2 ni, mama malas la nak dengar"

Tersentap hati gadis itu mendengarnya. Hanya satu ayat yang mampu dituturkan.
"____sayang Mama... nak sama-sama masuk syurga..."
Ibu gadis itu bukanlah seorang yang jahil ilmu agama. Seorang isteri solehah, sering ke masjid, solat hajat, qiam dan sangat menjaga ibadahnya..
Tapi mungkin belum terbuka hatinya untuk menerima ilmu tentang akidah pula.
Siapalah kita untuk menilai.. Tapi kita sentiasa boleh cuba mentarbiah sesama sendiri... cuba, dan terus cuba.
Halangan itu adalah ujian dari Allah. Biarlah jelik di mata manusia, jangan jelik di mata-Nya..
Gadis itu yang merasa hampa, cuba untuk menguatkan hati yang tidaklah semantap mana..
Dan dibukanya Al-Quran - surah Ali Imran. ayat 16 dan 17..

Terasa seolah-olah terpujuk.. walaupun Allah sahaja yang layak menilai tahap iman seseorang.
Berserahlah diri sepenuhnya kepada Allah. Memang perlu untuk kita berusaha, tp redha-Nya adalah pulangan terbaik.
Kadangkala usaha yang terlalu tekun membutakan mata hati untuk berserah kepada-Nya.
Perjalanan kita belum selesai, dan perjalanan saya baru sahaja bermula..

Semoga Allah permudahkan, dan redhakan hati ini dalam apa sahaja keadaannya..
Insha Allah.

Maaf andai ada terkurang atau terlebih di mana-mana.
Yang baik datang dari Allah, yang buruk juga dari Allahh; tapi atas khilaf saya sendiri.

Tetapkanlah hati ini Ya Allah... Sesungguh-Nya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.