sebarkanlah salam:-)

Sunday, 7 November 2010

Pengorbanan Itu Tidak Mudah, Tetapi Indah.

Dengan nama Allah SWT.

Usrah hari ini dimulakan dengan Tadabbur Al-Quran.
Surah Al-Baqarah, Ayat 38-48.

- Semua orang akan mendapat petunjuk Allah, sesungguhnya Allah SWT Maha Adil. Cuma yang membezakan, ikut atau tidak je.
- Kalau kita ikut petunjuk-Nya - Insha Allah tidak akan sedih atau takut.
- Kalau kita tunaikan janji kita kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menunaikan janji-Nya kepada kita.
- Jangan menggadaikan akhirat demi dunia yang sementara.
- Jangan sembunyikan kebenaran.
- Sabar dalam memohon pertolongan Allah SWT. Tidak semuanya dimakbulkan sekaligus.
- Orang yang yakin akan kembali menghadap Allah pasti khusyuk dalam solatnya.
- Ingatlah, semuanya berlaku atas ketentuan Allah SWT, bukan atas usaha sendiri sahaja. Independent mana sekalipun, kalau Allah SWT tak redha, takde makna jugak.
- Hanya kepada Allah SWT tempat bergantung harap.

Seterusnya - pembentangan tentang Tokoh Islam Saidina Abu Bakar.
Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah
Beliau merupakan lelaki Islam yang paling disayangi Rasulullah SAW selain Saidatina Aisyah RA (wanita paling dikasihi)
Lelaki pertama yang memeluk Islam pada zaman Rasulullah SAW.

 (Isi-isi seterusnya tak sempat salin sebab syok sangat dgr cerita pembentang hihi. Tapi Insha Allah pengisiannya mantap :D)

Kemudian Kisah Daun & Ulat. Macam ada yang dah pernah dengar. Ini hasil dari blogwalking.
Maaf tiada niat untuk menciplak karya.

Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya.

Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang

"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"Tentu.. tentu.. dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."

"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah makan dengan kenyang ulat berterimakasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.

Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

Moral:
Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama? Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.

Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Tuhan akan tetap memberkati dan memelihara kita.

Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.

Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara.
Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka,memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi?


Apa erti korban bagi anda? Trend? Makan free?
Makna 'korban' itu berbeza dari pandangan setiap insan.
Saya tidak berani untuk menafsir erti korban mengikut pandangan sendiri.
Hebatkah pengorbanan kita untuk dibandingkan dengan Nabi Ibrahim AS?
Mungkin tidak. Tapi yang menilai, biarlah Allah SWT.
Sekadar buat renungan bersama.
Maka, tepuk dada. Tanya iman =)

Kemudian cerita tentang suami yang nak beristeri lagi. Hehe macam biasa la - happy ending.
Suami sedar isterinya itu sudah cukup baik then dah tak jadi kawen lain.



Kadangkala manusia terlalu angkuh untuk mengakui kelemahan diri
Terlalu bongkak untuk mengakui kealpaan.
Berkorban kita kerana siapa?
Demi Allah atau demi nama?
Aku insan biasa.. sampai akhir nyawa
Hamba-Nya yang sering lalai dan leka

Lihat diri sendiri dan tanya iman
Apakah sudah cukup aku beriman?
Mengapa aku masih begini dan begitu?
Mengapa sering tersasar dari landasan amal?

Dalam hati ini punya pelbagai suara
Yang memujuk dan merayu
Yang membisik dan menyeru
Maka suara yang mana yang kita ikuti? 

Benarkah aku berkorban kerana Allah?
Membantu rakan, mengejut Subuh
Kerana Allah atau kerana nama? 
Menegur kesilapan dan salah laku
Demi Allah atau ..? 

Wujudkah persaingan dalam beribadah?
Bukankah kita sewajarnya melaksanakan amal maaruf nahi mungkar?
Tetapi sedih ..
Aku sedih mengenangkan
"Malas nak kisah"
"Suka hati kau la"

Di mana ukhwah kita?
Di mana manisnya perkongsian ilmu?
Benar, kubur masing-masing
Disoal pun asing-asing
Tapi luluskah kita untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir? 
Nak masuk syurga sorang-sorang ke? 

Kadangkala aku juga demikian
Malas untuk peduli hal orang
Bikin sakit hati aja ambil berat perasaan orang lain
Hati sendiri terluka tak siapa tahu

Tapi aku lupa
Bukankah itu sebahagian dari pengorbanan?
Berdosa lagi aku.. dan terus berdosa

Bantulah aku wahai akhwat..
Jangan biarkan sesiapa dalam kalangan kita ketinggalan
Care is the sweetest form of love
Marilah kita berkorban demi ukhwah yang terbina


Sekadar nukilan.
 
 
 

2 comments: