sebarkanlah salam:-)

Thursday, 11 November 2010

antara sesuatu dan sesuatu

Kita kenal beza antara kaca dan permata.


     Pasti semua akan pilih permata, kerana kaca hanya cantik pada luaran berbanding permata yang yang cantik dari dua-dua aspek..luaran dan dalaman





Kita tahu beza antara gembira dan sedih.


     Pasti semua mahukan kegembiraan, mahu elakkan sejauh2 mungkin kesedihan dalam hidup yang menyebabkan hati berasa pilu dan sengsara.





Kita dapat bezakan baik dan jahat.


    Pasti semua mahukan yang baik, tidak mahu perkara jahat menimpa diri yang akan merosakkan hidup kita semua.





Kita pasti dapat bezakan syaitan dan malaikat.


    Pasti semua mahukan malaikat sentiasa mendoakn kita siang dan malam, dan benci akan syaitan yang akan menarik kita ke lembah kehinaan.


 



Akan tetapi..kaca,kesedihan,kejahatan,syaitan itu..bukanlah pelemah


kita semua.





Jadikan ia sebagai sesuatu yang akan menguatkan keimanan di dalam dada. Allah mencipta itu semua bukan untuk sia-sia. Bahkn apa sahaja yang diciptakn Allah pasti tidak sia-sia sepeti cacing ditanah yang dianggap remeh oleh manusia. Cacing itu antaranya sumber makanan ayam,burung dan haiwan lain. Dan ayam adalah sumber makanan kita. Semuanya berputar pada kitarannya.





Gunakn kaca sebagai simbol kita berhati-hati dalam memilih sesuatu.


   Mohon pada Allah agar membimbing kita agar tidak silap memilih. Contohnya solat istiharah.



Jadikan kesedihan itu sebagai peringatan bahawa kita tidak akan gembira selalu.


    Jadikn ia sebagai tanda untuk lebih mengingati Allah. Memang lumrah manusia, apabila gembira..akan lalai dalam ingat pada Allah. Tanda Allah bagi kesedihan bukan kerana benci pada kita, tetapi sayangakan kita. Mahu kita kembali padaNya.



Gunakan kejahatan itu sebagai sempadan kita dalam kehidupan seharian.


    Berdoa pada Allah agar dijauhkan dari malapetaka. Allah amat suka hambaNya yang selalu berdoa. Berdoa merupakan tanda kita meletakkan Dia sebagai tempat yang tertinggi, tempat meminta dan Dia sajalah yang berhak disembah dan Maha Berkuasa atas sesuatu.



Gunakan syaitan itu sebagai penguat iman di dada.


    Tingkatkn amal ibadah agar tidak mudah jatuh pada godaan syaitan. Ikhlaskn semua amalan kerana Allah, nescaya Dia pasti akan melindungi kita. Setiap amalan itu bergantung pada niat, niatlah untuk mendapat keredhaan Nya, tanpa redhaNya musnahlah kita.

No comments:

Post a Comment