-Akak, nadia sedih..
-Kenapa nadia sedih?
-Sbb..biskut yang ummi wat nak dekat habis, nanti x dapat makan lagi.
-nadia, sia2 kita bimbang dgn perkara yg sebegitu..biskut tetap akn habis dmakan. Dan,ummikan boleh wat lg. Ad sesuatu yang lebih penting, yang patut kita sedih dan bimbang, nak tahu x apa dia?
-nak2...
Fikiran manusia zaman sekarang sentiasa sedih dan bimbang dengan habisnya duit dalam bank, makanan yang semakin kurang, umur yang semakin meningkat,bimbang pasangan pergi dari kita, kehilangan kerja, x dapat apa yang diinginkan dan lain-lain..
Kita boleh lihat di sini..manusia bimbang pada sesuatu yang tidak kekal, yang bukan selama-lamanya akan ada. Kita sendiri tahu manusia akan mati, duit akan berkurang digunakan, makanan akan habis di makan. Kita sangat menikmati kemewahan dunia sehingga kita tidak mahu kehilangannya.
“dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah lah tempat kembali yang baik” 3:14
“dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu,sungguh lebih baik bagi orang2 yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” 6:32
Sedarkah kita akan hakikat ini. Kita lupa pada sesuatu yang kekal. Apa yang kekal itu. Yang kekal itu adalah Allah yang Maha Esa. Tuhan yang menciptakn sekalian alam, Dialah yg memberi rezeki kepada kita, Allah yang Maha Pemurah memberi nikmat hidup, harta, makanan dan lain-lain.
Kita tidak bimbang tentang Allah,pandangan Allah pada kita. Adakah Allah redha dengan kita? Adakah Allah murka dengan kita? Adakah Allah terima ibadah kita? Adakah? Tapi,kita bimbang akan benda yang remeh.
Tidak bimbangkah kita?
Masih tenangkah hati kita?
Adakah kita masih berdiam diri?
Atau..adakah kita tidak pernah rasa’ bimbang’ akan itu..
“ya Allah..janganlah Kau tarik rasa bimbang aku ini..janganlah Kau tinggalkan aku walau sekellip mata sekalipun”
Seperti mana yang kita semua maklum, syurga dan neraka itu kekal. Bersifat selama-lamanya. Syurga akan sentiasa dipenuhi nikmat, makanan yang enak-enak, pasangan yang indah, suasana yang aman permai. Segala yang disebutkn bukanlah gambaran sebenar kerana dalam hadis Nabi S.A.W. , Baginda ada bersabda yang syurga itu tidak boleh digambarkan, bukan seperti yang dilihat oleh mata mahupun yang didengar oleh telinga. Malah lebih hebat lagi.
“Allah menjanjikan kepada orang2 mukmin laki2 dan perempuan, (akan mendapat)syurga yang mengalir di bawahnya sungai2,mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik disyurga Adn..”9:72
Namun, neraka itu juga kekal. Api yang menyala-nyala xkan pernah padam, kesakitan yang sangat pedih, penyeksaan yang berterusan. Sama seperti syurga, gambaran itu tidaklah yang sebenarnya. Penyeksann di neraka berlipat –lipat ganda. Kesakitan di bumi jauh lebih kecil.
“pergilah kamu mendapatkan naungan (asap api neraka) yang mempunyai tiga cabang.yang tidak melindungi dan tidak pula menolak nyala api neraka. Sungguh, (neraka) itu menyemburkan bunga api (sebesar dan setinggi istana.” 77:30-32
Adakah kita tidak risau dengan rumah terakhir kita nanti? Syurga atau neraka? Bahagia atau seksa? Nikmat atau celaka? Di ingatkan sekali lagi, ia adalah KEKAL.
Mana mungkin untuk kita buat tindakan selanjutnya jika perasaaan bimbang itu sendiri tidak ada, mana mungkin. Perasaan itu akan datang jika kita dekat dengan Allah, beribadah ikhlas keranaNya. Jangan pernah anggap ia tidak penting.
“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku” 52:56
Jangan pernah kita ambil kesempatan dengan sifat Allah yang Maha Penyayang, sebab Allah itu juga Maha Bijaksana. Dia sentiasa tahu apa yang ada dalam fikiran dan hati kita.
‘Katakanlah,” Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya” Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada dibumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.’ 3:28
Antara perkara yang kita boleh lakukan untuk dekatkan diri dengan Allah ialah:
1)jangan tinggalkn solat fardu
2)banyakkan baca al-quran dan fahami maksudnya
3)hadiri majlis2 ilmu
4)dekatkn diri dengan orang2 yang alim
5)dan lain2 lagi..
Dan jangan lupa untuk selalu berdoa kpd Allah agar dibukakan pintu hati kita J
No comments:
Post a Comment